Sunday, February 16, 2014

Will be updated soon...

Wednesday, April 11, 2012

my new addiction

Assalammualaikum semua... Selamat Pagi, Salam Sejahtera dan Salam Satu Malaysia. Hari ini adalah hari Rabu 11.04.2012 bersamaan 20 Jamadil Awal 1433. Suasana cerah dan dijangka dalaxm keadaan yang baik tetapi dicemari dengan air paip yang tak berapa nak cerah.
Berbalik kepada topik saya hari ini... saya adalah seorang pembaca tegar... itu adalah hobi pertama saya. Hobi kedua, mengumpul penanda buku. Hobi ketiga, membuat juranal tak kira la dengan blog atau dalam bentuk buku... tapi yang paling terbaru ialah mengumpul alat tulis. Saya amat meminati marker pen Sharpie kerana tahan lebih lama dan warnanya yang cantik... setakat ni ada 19 batang kesemuanya... apa saya nak buat dengan marker sharpie ni, nanti laa saya fikirkan projek nya... any ideas? dont hesitate to comment...daaa!!!

Sunday, October 23, 2011

just scribbling during cozy Sunday morning....

To be honest, nobody reads my blog... but the main objective of doing this, is as my journal and for me to pour out what is on my mind and my heart. I have been reading other bloggers' blogs and seemed really2 interesting as their creativity made their blog colourful to read and follow. Since I love reading books, why not to love reading blogs. For me reading blogs has the same impact as reading books. There is a Malay saying "Yang baik dijadikan teladan, yang buruk dijadikan sempadan" which means we only adopt anything that is good and leave the bad thing on the other side. Well, true enough.

hehehe...quite surprising myself as I'm typing this in English (since my previous entries were in BM). One thing is clear that my mood in writing and speaking in English is there. Something like in season. Once it is there...shhuuupppp!!!! fluent! But when the season is gone... I started to stutter..hahaha... i know, not good for my career as I am actually teaching English in school... but to build up creativity, I myself read English materials such as books and blogs. There, again the positive side of reading blogs.

Yesterday I had a good conversation with my housemate who also a single lady like me.. we have the same view on being single. People like to take advantage on us for not having own family and give excuses that we have more time to do this and that. To be honest, even though we don't have what other ladies with family have, but we do the same chores and spend our time like other married people. No husband and children doesn't mean we don't have family. We still have parents to take care and pay bills on time every month. What we are lacking are, security and emotional comfort. Those subjects are our (single ladies like us)main concern. That is why you look at us like we are firm on our decision, because we have to protect ourselves. We think before we act. Then you'll come to know why I love books so much, because books, reading and knowledge are my emotional comfort. Does it sound weird? NOT! hahaha... so the moral of the story, don't look down on us unmarried people as we have our own strength and we might be stronger than you think, emotionally.

I wish I can put more pictures in my coming entries. but for now I just want to put this as one of my wishlists (God knows when will I get this! huuuuuu) till then, FAREFARREN PEEPS!

IT'S A BOOKBAG!!!!

Saturday, August 20, 2011

CER CITER....

Lama sungguh tak update blog. Bukan apa, gangguan banyak sangat sampaikan tak sempat nak berkarya...chewah! banyak sebenarnya cerita tapi kita slow2 lah ye...

Lagi seminggu aku akan terbang ke Kuching. Maklumlah, balik raya... persediaan diri dah 90%. Tapi takpe laa... slow2 la kan.. kebelakangan nih aku rasa macam tenang sangat. Kiranya aku dah dapat menerima keadaan diri seadanya. Apa2 pun aku tetap REDHA dengan ketentuan Ilahi. Kita merancang, Allah jua yang menentukan. Rasa2nya aku dah kalis dengan soal jodoh. Aku dah bersedia dengan jawapan yang bakal aku berikan kepada sesiapa yang sudi bertanyakan soalan "emas" itu. Nak tau jawapannya, try ler tanya.. haaa...cer citer!..cer citer!...

Alhamdulillah, berkat kesabaranku, ada jua hasilnya. Diharapkan agar hati ku sentiasa tetap dan fikiranku sentiasa posiitif menghadapi hari2 yang mendatang. Aku cuba kurangkan merungut, lebih berdisiplin dalam diri dan ibadat. Aku cuba memberi fokus kepada masa depan. berita terbaru, aku dikhabarkan untuk menghadiri taklimat Kursus Induksi yang aku nantikan selama ini. Insyallah, setelah melalui kursus dan lulus ujian induksi, aku harap proses pengesahan jawatan akan dapat dilakukan dengan segera. Bukan apa, senang nanti aku nak buat loan beli rumah. Insyaallah. Aku mohon belas kasihMu, Ya Allah! agar dipermudahkan urusan pengesahan jawatanku nanti... AMIN...

Apa2 pun yang bakal dilalui, aku jua berharap agar kursus tidak mengganggu urusan cuti2 bersama keluarga pada hujung tahun ini nanti. Dah lama aku menantikan saat untuk bertemu keluarga sebelah ibuku di JB. Semakin hari, semakin tebal rinduku pada mereka. Bila berbicara tentang rindu, aku mula merindui kebanyakkan perkara yang pernah aku lalui sepanjang hidupku terutamanya semasa zaman siswi. Rakan2 akrab di sepanjang pengajianku, waktu kuliah, bersengkang mata menghadapi peperiksaan dan membuat tesis. Aku rindukan masa di Taman Melati, di UPM, di KUK... semua aku rindu kerana dari situ aku mula kenal erti kehidupan. Benar2 diduga keimanan, walaupun begitu, bayangan keluarga tetap menjadi sempadan baik dan buruk dalam membuat keputusan. Alhamdulillah, dugaan menjadi mahasiswi di perantauan berjaya dilalui dengan penuh kemanisan.

Mungkin kalau aku bagitahu sesuatu, mesti korang takkan percaya. Aku seakan dapat recall balik perkara yang pernah belaku time umur aku di bawah 5 tahun. bagi sesetangah orang, kalau memori bawah 5 tahun tu susah nak ingat balik kan. Bagi aku, aku masih ingat banyak perkara. Tapi susah aku nak terangkan dalam bentuk penulisan. Walauapapun, aku tetap bersyukur kerana diberi ingatan yang masih baik. Mungkin itulah berkat ilmu. Wallahuallam.

Hobi aku masih diteruskan iaitu tak lain dan tak bukan.... MEMBACA! Sungguhpun begitu, aku mulai perlahan2 membaca buku novel melayu dan buku2 berbentuk ilmiah dan keagamaan. Mungkin jugak nak rehat dari membaca buku2 Bahasa Inggeris. Yang penting, bak kata Tok Imam dalam Geng Mengaji "BACA!...BACA!!!...BACA!... BACA!... BACA!.. agar tak diputuskan ilmu dengan kita.

Ok lah... perghh!!! panjang jugak entry kali nih... nanti kalau ade cer citer best ... akan ku update di lain masa.. farefarren peeps!


Saturday, May 14, 2011

kisahku bukan kisahmu...

dah lama tak update blog...bukannya apa, dalam keadaan yang serba kekurangan ni rasa berat pulak tangan nih nak menaip....macam2 masalah yang timbul. first of all, masalah air yang tak settle2 lagi... dah masuk 4 bulan masalah nih berlarutan... nak tau camne keadaan air kat tempat kitorang nih sekarang... sejak keadaan yang kemarau sekarang nih, air bagaikan dicatu2... bayangkan kalau mandi lambat kul 7 tu confirm air dah takde. lepas tu, air ada balik dari pukul 6 ptg sampai kul 10 malam...itu pun nasib kalau kul 10 malam, kadang2 kul 9 air dah tadak. sebab tu laa kitorang malas nak masak sebab tau2 je la kan, lepas masak barang yang diguna bukannya satu atau dua... tunggu petang baru dapat basuh semua2nya.

kalau korang perasan aku tulis blog nih pun dah nak dekat2 cuti je kan? hahahaha.... entah laa... mood tu macam lain sikit. sebabnya happy nak balik kot. kebelakangan ni aku dok bz jadi guru pengiring murid pertandingan dan kem motivasi. sekarang nih ada rest sikit sebab kertas periksa dah siap... minggu depan budak2 exam. mudah2an anak2ku ni lulus dalam subjek yang aku ajar. English is a killer subject. setiap kali keputusan keluar, aku rasa seram sejuk la... ada tak kemenjadian yang aku buat selama ni. students aku ni laa yang menjadi penanda terhadap usaha ku selama ni.

aku sekarang tengah gigih berusaha nak beli rumah. tapi masalah lagi satu nih, aku masih belum disahkan jawatan kerana aku belum lagi pergi KISSM. masalah besar kalau tahun ni aku belum lagi pergi kursus. waaa..taknak stress pasal benda nih... kita cerita pasal benda lain pulak. makin aku bercita2 nak beli umah, makin banyak laa pulak barang aku nak beli. larest, aku nak beli hp LG Optimus One, tapi tu semua dalam perancangan... tak tau lagi camne. sebenarnya dah serik pakai brand nokia. nak cuba phone lain lak. last year aku beli phone nokia n97. memang hampeh...tak tahan langsung baterinya... baru nak buat call dah mampus. kalau ambik gambar ke video ke tak pulak drain baterinya. phhone tu aku buat letak line digi aku jek... malas nak buat call guna hp tu. utk benda lain tu boleh laa...

oklah, macam merapu lak aku type panjang2 nih... nanti la aku type balik..ilang mood aku kejap bila mikirkan phone n97 aku nih... farefarren people..

Thursday, February 24, 2011

Sekolah oh Sekolah!

Sudah lama tidak meng'update' blog nih... gara2 sibuk dan kesihatan tidak mengizinkan menyebabkan idea tak sempat nak keluar. Sebenarnya masa ni pun idea tengah kering tapi tangan nih gatal jugak nak menaip. Well, nasib laa kertas ujian dah siap disemak sepenuhnya. Cuma nak buat SBOA je untuk murid Tahun 1-6. Perasaan ku hari ni? hmmmm.... happy sebab Alhamdulillah, hari ni gaji dah masuk...hehe...banyak benda nak kena settle... tapi yang paling penting, nak matikan setem di LHDN dan bukak fail cukai peribadi. Duit, aku malas nak pegang dulu. balik ke Kuching nanti aku settle semua.
Sekarang nih dah waktu rehat... aku bertugas laa pulak... seronok tengok budak2 nih makan tapi kesian pulak tengok makanan yang dibekalkan utk budak2 nih... dua potong kecil sosej dan nasi goreng hanya berencahkan garam dan mungkin sedikit msg... bayangkan...itu sahaja.... takde nutrisi langsung... itu laaa ragam manusia.. mesti takkan lari dengan mata duitannya.... apa salahnya jika nasi tu ditambah dengan telur dadar sepotong dan juga sedikit sayur yang berkuah... sekurang2nya mereka dihidangkan dengan nutrisi yang seimbang dan menyumbangkan kepada kesejahteraan kesihatan mereka...
Apa lagi ya! owh... minggu lepas adalah minggu yang paling sibuk sebabnya, sempena Maulidur Rasul tahun ni, aku dan beberapa rakan yang lain menyertai perarakan mewakili PPD Tatau. Bangun seawal 4pagi, aku dan 3 lagi rakan bertolak dari kuala seawal 5.30 pagi dengan keadaan hujan yang mencurah-curah. Malang sungguh aku pada shari itu kerana sebelah kasutku terjatuh ke dalam sungai semasa hendak meniti jeti ke bot.Nasib baik ada kasut spare dalam kereta. kami berempat basah kuyup dan melucukan, sampai sahaja kami di tapak kumpulan, semua memandang kami dengan pandangan kehairanan mengapa kami berempat sahaja yamg lebur. rupa2nya hujan tidak turun di bandar bintulu... kami berempat sahaja yang nampak agak ganjil di situ. tapi berkat kesabaran kami berbaloi apabila kumpulan kami mendapat tempat pertama dalam perarakan dan mendapat tempat ketiga dalam pertandingan poster.
Belum lagi hilang penat kami berarak, (sakit2 satu badan dan kaki kerana memakai kasut yang tidak sesuai dan melecet) hari Jumaat terpaksa bertugas di Stadium sebagai AJK Pertolongan Cemas. Nasib baik tiada kejadian yang serius berlaku... tough jugak budak2 team tatau nih. dah laa aku sorang je perempuan dalam kumpulan, nasib baik geng2 aku sporting semuanya. takde laa aku rasa terpinggir. 3 malam aku di bintulu sekurang2nya dapat laa berehat. Dapat la servis kereta sekali. balik di kuala pun boring jugak sebabnya TV 32" panasonic aku rosak... patutlaaa dijual dengan harga yang murah. semasa di rumah sepupu, sempat jugak tengok american idol dan lain2 cerita yang aku minat. AKU TEKAD! chewahhh!!! hari ahad, aku dengan sepupuku ke kedai elektrik dan aku berjaya membawa sebuah tv Toshiba 24". Amat ringan dan dengan selamba aku membawanya macam bawak beg baju je. Baru puas hati aku dapat menonton semua rancangan kegemaran ku. TV lama ku, walaupun ada 2 tahun warranty, sesiapa sahaja yang sanggup membantu ku membawa tv tu untuk diservis, aku jual tv tu dengan harga RM700 (harga asal RM1250)sahaja tak sampai setahun aku membelinya. siap aku belanja makan lagi... korang sanggup ke? setakat nih takde orang lagi yang sanggup hantar tv tu seberang sungai ke bintulu.... hmmmm.....
oklah...nanti aku sambung lagi...kalau ada lagi cerita yang menarik... sekarang nih aku tunggu cuti lagi... 2 minggu lagi tu...tak sabar2 lak rasanya....till then, ya! adiosss!!!

Friday, November 5, 2010

Latest Updates!

hiyeeee.... lama tak update blog nih. bukan apa, sejak jadi pendidik nih memang takde masa sangat nak update blog. cerita banyak tapi tak tau mana nak mula... cuti sekolah dah semakin hampir, tapi takde feeling betul nak cuti.... mungkin org lain balik 19hb, tapi aku mungkin berangkat dr bintulu hari ahad... bukan apa.. nak kemas rumah.... basuh baju dan sarung kusyen, simpan barang...bukan sikit2 tu... kalau ditakdirkan pindah rumah... at least senang sikit nak mengangkut....
nak cuti nih, kena laa pulak tinggalkan mr gil tersayang kat btu nih... nasib ada family yang boleh mintak tolong tengok2kan....
bila citer pasal cuti sekolah, apa agaknya plan nak dibuat... tapi yang penting,hobi kesayangan ku tetap diteruskan... membaca... baru2 nih SKKT ada buat lunch party di sebuah hotel yang buruk layanannya... tapi i'm not going to talk about the hotel, but the present that i bought this year for the event. for the first time aku beli gift voucher from popular bookstore... bukan apa, as u know i'm a book lover i don't mind to share my interest to anybody... kalau ada org bagi aku gift voucher dari kedai buku, mana2 je laaa, memang aku melompat whoooossshhhhh!!!! pecah siling...hahhahaha.... well, banyak lagi aku nak citer nih tapi kena tunggu aku balik ke kuching dulu.... mungkin jugak akan marathon Gilmore Girls sampai season 7... setakat nih aku dah selesai season 2...kejap lagi nak tengok sesaon 3.... ok lah...that's all for now... till we meet again...fairfarren people...