Sunday, January 11, 2009

New Year, New Resolution, New Beginning..

Kurang 24 jam lagi aku akan mendaftarkan diri sebagai murid/pelajar institut perguruan di Kota Samarahan. Agak risau kerana aku masih tidak dapat membayangkan keadaan sewaktu minggu pengurusan nanti. Aku berdoa agar segala urusan berjalan dengan lancar esok. My last preparation was buying a pair of black court shoes and slippers. Paling merisaukan apabila result medical check up belum lagi keluar, bermakna aku belum lagi boleh mengisi Surat Pengakuan Tidak Teribat Dengan Penyalahgunaan Dadah. Harap2 mereka dapat memberikan masa yang secukupnya untuk menguruskan segalanya. Makan dan minumku di sana?...hmmmmm rasa-rasanya minggu pengurusan nanti akan disediakan seadanya. Aku amat2 juga berharap agar kesihatan aku juga akan sentiasa baik. Kepada sahabat2ku yang membaca blog ku ini, aku mungkin akan kurang berada di ruangan friendster, facebook dan juga blog kesayangan ku ini. tapi jangan risau... i'll be back when i'm on holiday.
see ya again soon!!!

Sunday, January 4, 2009

Preparation for IPTAR - KPLI 2009

Eight (8) more days to go before the registering day at IPTAR. Barang2 60% dah dibeli. Masalah aku nih pasal dokumen laaa pulak. 3 kali aku call IPTAR untuk bertanyakan tentang persediaan untuk pendaftaran. Terkilan rasanya apabila para petugas di sana tidak "mesra" dengan pemanggil seperti aku. Sepatutnya jika org bertanyakan tentang pendaftaran, mereka dengan sendirinya akan memberi keterangan kepada pemanggil. Ini tidak, tanya sepuluh patah, dijawabnya sepatah. yang paling aku musykilkan ialah tentang medical checkup report dan borang2 berkenaan. Adakah aku perlu dibawa yang telah siap diisi atau ambil yang original dari IPTAR semasa pendaftaran... sebabnya masa aku call, diorang kata bawak semua dokumen yang (penting-salinan sijil yang disahkan) sahaja. yang lain2 kena ambik yang asal di IPTAR. kalau camtu, bila masa nak isinye??? Puas aku bukak forum umum untuk dapatkan tips tapi tak semua berkesan sebab yang berforum akan pergi ke IPG lain dari IPG aku. kalau ade sesiapa yang terbaca blog nih yang mempunyai maklumat tentang pendaftaran KPLI di IPTAR, tolong bagitau ye!!! TQ!!!