Lama sungguh tak update blog. Bukan apa, gangguan banyak sangat sampaikan tak sempat nak berkarya...chewah! banyak sebenarnya cerita tapi kita slow2 lah ye...
Lagi seminggu aku akan terbang ke Kuching. Maklumlah, balik raya... persediaan diri dah 90%. Tapi takpe laa... slow2 la kan.. kebelakangan nih aku rasa macam tenang sangat. Kiranya aku dah dapat menerima keadaan diri seadanya. Apa2 pun aku tetap REDHA dengan ketentuan Ilahi. Kita merancang, Allah jua yang menentukan. Rasa2nya aku dah kalis dengan soal jodoh. Aku dah bersedia dengan jawapan yang bakal aku berikan kepada sesiapa yang sudi bertanyakan soalan "emas" itu. Nak tau jawapannya, try ler tanya.. haaa...cer citer!..cer citer!...
Alhamdulillah, berkat kesabaranku, ada jua hasilnya. Diharapkan agar hati ku sentiasa tetap dan fikiranku sentiasa posiitif menghadapi hari2 yang mendatang. Aku cuba kurangkan merungut, lebih berdisiplin dalam diri dan ibadat. Aku cuba memberi fokus kepada masa depan. berita terbaru, aku dikhabarkan untuk menghadiri taklimat Kursus Induksi yang aku nantikan selama ini. Insyallah, setelah melalui kursus dan lulus ujian induksi, aku harap proses pengesahan jawatan akan dapat dilakukan dengan segera. Bukan apa, senang nanti aku nak buat loan beli rumah. Insyaallah. Aku mohon belas kasihMu, Ya Allah! agar dipermudahkan urusan pengesahan jawatanku nanti... AMIN...
Apa2 pun yang bakal dilalui, aku jua berharap agar kursus tidak mengganggu urusan cuti2 bersama keluarga pada hujung tahun ini nanti. Dah lama aku menantikan saat untuk bertemu keluarga sebelah ibuku di JB. Semakin hari, semakin tebal rinduku pada mereka. Bila berbicara tentang rindu, aku mula merindui kebanyakkan perkara yang pernah aku lalui sepanjang hidupku terutamanya semasa zaman siswi. Rakan2 akrab di sepanjang pengajianku, waktu kuliah, bersengkang mata menghadapi peperiksaan dan membuat tesis. Aku rindukan masa di Taman Melati, di UPM, di KUK... semua aku rindu kerana dari situ aku mula kenal erti kehidupan. Benar2 diduga keimanan, walaupun begitu, bayangan keluarga tetap menjadi sempadan baik dan buruk dalam membuat keputusan. Alhamdulillah, dugaan menjadi mahasiswi di perantauan berjaya dilalui dengan penuh kemanisan.
Mungkin kalau aku bagitahu sesuatu, mesti korang takkan percaya. Aku seakan dapat recall balik perkara yang pernah belaku time umur aku di bawah 5 tahun. bagi sesetangah orang, kalau memori bawah 5 tahun tu susah nak ingat balik kan. Bagi aku, aku masih ingat banyak perkara. Tapi susah aku nak terangkan dalam bentuk penulisan. Walauapapun, aku tetap bersyukur kerana diberi ingatan yang masih baik. Mungkin itulah berkat ilmu. Wallahuallam.
Hobi aku masih diteruskan iaitu tak lain dan tak bukan.... MEMBACA! Sungguhpun begitu, aku mulai perlahan2 membaca buku novel melayu dan buku2 berbentuk ilmiah dan keagamaan. Mungkin jugak nak rehat dari membaca buku2 Bahasa Inggeris. Yang penting, bak kata Tok Imam dalam Geng Mengaji "BACA!...BACA!!!...BACA!... BACA!... BACA!.. agar tak diputuskan ilmu dengan kita.
Ok lah... perghh!!! panjang jugak entry kali nih... nanti kalau ade cer citer best ... akan ku update di lain masa.. farefarren peeps!