Lama tak update blog, rasa2 nya dah nak dekat sebulan. Maklumlah lepas raya bz sesangat. tak sempat je nak singgah. Lagipun, baru sembuh dari sakit tapi still kena jaga2 supaya sakit tak berulang lagi. Stay healthy!!! Doktor suruh buat YOGA... for goodness sake... i will not do IT! hehehe sebabnye YOGA boring laaa..... I like something fast like dance routine. YOGA will make me go ..zzzzzzzzzzzzzz...heheheh...
Last week i went through my old letters given by my dear...dear friends when i was still studying. ada yang memang satu kolej/universiti... ada yang kawan chatting.... there are few friends yang masih lagi still contact through YM and Friendster... tapi yang lain2... cuma dengar khabar berita dari jauh je. sebak ade... senyum sorang2 bila baca surat-surat tu. I really miss them now...really deep in my heart. I really miss my friends from Kolej Utama Kelantan and my online friends as I am still in contact with my Universiti Putra Malaysia friends.
UPDATES:
I'd just finished my old letters organized, except for nak beli file, susun gambar dan buat notes. Believe that my mom suruh buang!!! no way!!! Never!! hargailah setiakawan sungguhpun sekarang dah lost contact. Insyallah jika diizinkan Tuhan, akan dipertemukan jua dengan rakan2 seperjuangan dahulu.
Friday, October 31, 2008
Friday, October 3, 2008
Nostalgia di Aidilfitri
Terkenang semasa kecil, kemeriahan aidilfitri lebih bermakna. Tibanya malam raya, ahli-ahli surau dan masjid kampung berkumpul dan berarak menggunakan kenderaan bertakbir raya di sekeliling kampung. Masa tu, kami (dengan sepupu-sepupu)yang masih kecil menunggu di jendela disaat takbir raya dialunkan dan berlari dari bahagian depan rumah hingga ke dapur melihat perarakan takbir. Lebih meriah lagi semua ahli keluarga adik beradik ayah balik beraya di rumah Nek Mak. Penuh bilik! Kaum adam (kecuali yang masih bayi) tidur di luar bilik. Kami tidur lewat membantu memasak, membuat kuih dan menghias untuk sambutan aidilfitri keesokkan harinya. Terasa hubungan ikatan persaudaraan masa tu amat rapat sekali. Yang paling rindu, main bunga api dan mercun.
Namun kini, semua tinggal kenangan. Sudah lima tahun perarakan Takbir di malam raya tidak berkumandang. Kami sepupu yang ramai ada yang sudah berkahwin dan mempunyai keluarga sendiri, jarang balik bersama untuk memeriahkan lagi suasana aidilfitri. Kita terpaksa terima hakikat bahawa kita berubah setelah dewasa. Bukan apa, kesian dengan sepupu yang msih kecil tidak sempat melihat kemeriahan seperti itu lagi. Hanya mendengar cerita dari kami yang lebih dewasa.
Bila dikenang, kesayuan bersarang dihati. Kerinduan menyambut Aidilfitri tidak lagi semeriah dahulu. Janjiku pada diri sendiri. Selagi kampungku masih kukuh di Kampung Hilir, Sibu.. selagi itu aku akan menyambutnya di situ.
Subscribe to:
Posts (Atom)