Friday, October 3, 2008
Nostalgia di Aidilfitri
Terkenang semasa kecil, kemeriahan aidilfitri lebih bermakna. Tibanya malam raya, ahli-ahli surau dan masjid kampung berkumpul dan berarak menggunakan kenderaan bertakbir raya di sekeliling kampung. Masa tu, kami (dengan sepupu-sepupu)yang masih kecil menunggu di jendela disaat takbir raya dialunkan dan berlari dari bahagian depan rumah hingga ke dapur melihat perarakan takbir. Lebih meriah lagi semua ahli keluarga adik beradik ayah balik beraya di rumah Nek Mak. Penuh bilik! Kaum adam (kecuali yang masih bayi) tidur di luar bilik. Kami tidur lewat membantu memasak, membuat kuih dan menghias untuk sambutan aidilfitri keesokkan harinya. Terasa hubungan ikatan persaudaraan masa tu amat rapat sekali. Yang paling rindu, main bunga api dan mercun.
Namun kini, semua tinggal kenangan. Sudah lima tahun perarakan Takbir di malam raya tidak berkumandang. Kami sepupu yang ramai ada yang sudah berkahwin dan mempunyai keluarga sendiri, jarang balik bersama untuk memeriahkan lagi suasana aidilfitri. Kita terpaksa terima hakikat bahawa kita berubah setelah dewasa. Bukan apa, kesian dengan sepupu yang msih kecil tidak sempat melihat kemeriahan seperti itu lagi. Hanya mendengar cerita dari kami yang lebih dewasa.
Bila dikenang, kesayuan bersarang dihati. Kerinduan menyambut Aidilfitri tidak lagi semeriah dahulu. Janjiku pada diri sendiri. Selagi kampungku masih kukuh di Kampung Hilir, Sibu.. selagi itu aku akan menyambutnya di situ.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment