Kehidupan ini,
ada pasang dan surutnya,
ada manis dan pahitnya,
ada naik dan turunnya,
kehidupan penuh ranjau,
akan kutempuhi dengan redha...
Namun ada tikanya,
aku tekad mengharungi semua,
dengan semangat waja,
mencapai matlamat tinggi menggapai,
walau dugaannya menyiksakan,
akanku rentangi semua dengan tabah,
Sesungguhnya,
disaat aku terjatuh,
aku tetap bangun dan meneruskan perjuangan ini,
surutnya laut menanti pasang,
ku telan pahit kerana itu penawar,
ku menganjak paradigma kehidupan,
kerana ianya satu hakikat,
KEHIDUPAN SATU PERJUANGAN
No comments:
Post a Comment