Sudah lama tidak meng'update' blog nih... gara2 sibuk dan kesihatan tidak mengizinkan menyebabkan idea tak sempat nak keluar. Sebenarnya masa ni pun idea tengah kering tapi tangan nih gatal jugak nak menaip. Well, nasib laa kertas ujian dah siap disemak sepenuhnya. Cuma nak buat SBOA je untuk murid Tahun 1-6. Perasaan ku hari ni? hmmmm.... happy sebab Alhamdulillah, hari ni gaji dah masuk...hehe...banyak benda nak kena settle... tapi yang paling penting, nak matikan setem di LHDN dan bukak fail cukai peribadi. Duit, aku malas nak pegang dulu. balik ke Kuching nanti aku settle semua.
Sekarang nih dah waktu rehat... aku bertugas laa pulak... seronok tengok budak2 nih makan tapi kesian pulak tengok makanan yang dibekalkan utk budak2 nih... dua potong kecil sosej dan nasi goreng hanya berencahkan garam dan mungkin sedikit msg... bayangkan...itu sahaja.... takde nutrisi langsung... itu laaa ragam manusia.. mesti takkan lari dengan mata duitannya.... apa salahnya jika nasi tu ditambah dengan telur dadar sepotong dan juga sedikit sayur yang berkuah... sekurang2nya mereka dihidangkan dengan nutrisi yang seimbang dan menyumbangkan kepada kesejahteraan kesihatan mereka...
Apa lagi ya! owh... minggu lepas adalah minggu yang paling sibuk sebabnya, sempena Maulidur Rasul tahun ni, aku dan beberapa rakan yang lain menyertai perarakan mewakili PPD Tatau. Bangun seawal 4pagi, aku dan 3 lagi rakan bertolak dari kuala seawal 5.30 pagi dengan keadaan hujan yang mencurah-curah. Malang sungguh aku pada shari itu kerana sebelah kasutku terjatuh ke dalam sungai semasa hendak meniti jeti ke bot.Nasib baik ada kasut spare dalam kereta. kami berempat basah kuyup dan melucukan, sampai sahaja kami di tapak kumpulan, semua memandang kami dengan pandangan kehairanan mengapa kami berempat sahaja yamg lebur. rupa2nya hujan tidak turun di bandar bintulu... kami berempat sahaja yang nampak agak ganjil di situ. tapi berkat kesabaran kami berbaloi apabila kumpulan kami mendapat tempat pertama dalam perarakan dan mendapat tempat ketiga dalam pertandingan poster.
Belum lagi hilang penat kami berarak, (sakit2 satu badan dan kaki kerana memakai kasut yang tidak sesuai dan melecet) hari Jumaat terpaksa bertugas di Stadium sebagai AJK Pertolongan Cemas. Nasib baik tiada kejadian yang serius berlaku... tough jugak budak2 team tatau nih. dah laa aku sorang je perempuan dalam kumpulan, nasib baik geng2 aku sporting semuanya. takde laa aku rasa terpinggir. 3 malam aku di bintulu sekurang2nya dapat laa berehat. Dapat la servis kereta sekali. balik di kuala pun boring jugak sebabnya TV 32" panasonic aku rosak... patutlaaa dijual dengan harga yang murah. semasa di rumah sepupu, sempat jugak tengok american idol dan lain2 cerita yang aku minat. AKU TEKAD! chewahhh!!! hari ahad, aku dengan sepupuku ke kedai elektrik dan aku berjaya membawa sebuah tv Toshiba 24". Amat ringan dan dengan selamba aku membawanya macam bawak beg baju je. Baru puas hati aku dapat menonton semua rancangan kegemaran ku. TV lama ku, walaupun ada 2 tahun warranty, sesiapa sahaja yang sanggup membantu ku membawa tv tu untuk diservis, aku jual tv tu dengan harga RM700 (harga asal RM1250)sahaja tak sampai setahun aku membelinya. siap aku belanja makan lagi... korang sanggup ke? setakat nih takde orang lagi yang sanggup hantar tv tu seberang sungai ke bintulu.... hmmmm.....
oklah...nanti aku sambung lagi...kalau ada lagi cerita yang menarik... sekarang nih aku tunggu cuti lagi... 2 minggu lagi tu...tak sabar2 lak rasanya....till then, ya! adiosss!!!
No comments:
Post a Comment