Saturday, May 14, 2011

kisahku bukan kisahmu...

dah lama tak update blog...bukannya apa, dalam keadaan yang serba kekurangan ni rasa berat pulak tangan nih nak menaip....macam2 masalah yang timbul. first of all, masalah air yang tak settle2 lagi... dah masuk 4 bulan masalah nih berlarutan... nak tau camne keadaan air kat tempat kitorang nih sekarang... sejak keadaan yang kemarau sekarang nih, air bagaikan dicatu2... bayangkan kalau mandi lambat kul 7 tu confirm air dah takde. lepas tu, air ada balik dari pukul 6 ptg sampai kul 10 malam...itu pun nasib kalau kul 10 malam, kadang2 kul 9 air dah tadak. sebab tu laa kitorang malas nak masak sebab tau2 je la kan, lepas masak barang yang diguna bukannya satu atau dua... tunggu petang baru dapat basuh semua2nya.

kalau korang perasan aku tulis blog nih pun dah nak dekat2 cuti je kan? hahahaha.... entah laa... mood tu macam lain sikit. sebabnya happy nak balik kot. kebelakangan ni aku dok bz jadi guru pengiring murid pertandingan dan kem motivasi. sekarang nih ada rest sikit sebab kertas periksa dah siap... minggu depan budak2 exam. mudah2an anak2ku ni lulus dalam subjek yang aku ajar. English is a killer subject. setiap kali keputusan keluar, aku rasa seram sejuk la... ada tak kemenjadian yang aku buat selama ni. students aku ni laa yang menjadi penanda terhadap usaha ku selama ni.

aku sekarang tengah gigih berusaha nak beli rumah. tapi masalah lagi satu nih, aku masih belum disahkan jawatan kerana aku belum lagi pergi KISSM. masalah besar kalau tahun ni aku belum lagi pergi kursus. waaa..taknak stress pasal benda nih... kita cerita pasal benda lain pulak. makin aku bercita2 nak beli umah, makin banyak laa pulak barang aku nak beli. larest, aku nak beli hp LG Optimus One, tapi tu semua dalam perancangan... tak tau lagi camne. sebenarnya dah serik pakai brand nokia. nak cuba phone lain lak. last year aku beli phone nokia n97. memang hampeh...tak tahan langsung baterinya... baru nak buat call dah mampus. kalau ambik gambar ke video ke tak pulak drain baterinya. phhone tu aku buat letak line digi aku jek... malas nak buat call guna hp tu. utk benda lain tu boleh laa...

oklah, macam merapu lak aku type panjang2 nih... nanti la aku type balik..ilang mood aku kejap bila mikirkan phone n97 aku nih... farefarren people..

No comments: