Sunday, July 20, 2008

My Love!!!

GOTCHA!!!!



Salam Semua!!!



Amboi!! Kalau aku letak my love semua nak tau siapa jejaka my love tu.. ye tak? Saje je.... semua benda aku letak My Love. Macam cantik pulak ayat tu. Buku aku..MY LOVE.... kereta aku.... MY LOVE.... my family.... LAGI LA MY LOVE ETERNITY!!!! heheheeh....

Meh laaa aku citer pasal hobi aku. MY LOVE...MY BOOKS!!! Aku nih minat sangat laaa membaca. memang dari kecik. Ayah aku selalu bawak pergi kedai buku atau state library (lama) sebab nak galakkan kami adik beradik suka membaca. Sampai la ni aku minat sangat buku. Tapi satu je laaa.... aku suka buku dalam BI. Aku bukan anti novel BM tapi rata2nya cerita yang sama dan dapat agak ape ending nya. tapi buku pertama yang aku jadikan koleksi ialah.. "Tidurlah Intan". Tak ingat pulak sampai siri berapa. tapi yang pastinya aku dengan rela hati dan ikhlas telah mendermakan buku2 tersebut ke Persatuan Bulan Sabit Merah. Kakak aku suka kumpul buku siri penyiasatan. Yang tu masih lagi kat umah. Kakak aku tak nak buang. Bagi aku kalau bab ilmu aku suka sedekah je.



Sekarang aku suka kumpul buku bahasa Inggeris. Takde pulak rasanya buku aku dalam BM. Bab BM aku serahkan kat kakak aku. Yang pastinya aku ade koleksi buku Fear Street, Harry Potter, Anne of Green Gables, English Lit, dan yang paling latest aku tengah kumpul buku2 keluaran A Little Black Dress Book. Koleksi Fear Street (nukilan R.L. Stine) lama dah tak beli sebab dah takde dalam pasaran. Koleksi tulisan L.M. Montgomery pun susah nak cari cos kurang dalam pasaran. Koleksi nukilan hebat J.K. Rowling tinggal buku Harry Potter and The Deathly Hollows je yang belum beli sebab belum keluar yang paperback. Nak beli yang hardcover mahal sangat.

So kalau korang tau mana nak cari lagi buku2 yang aku sebutkan kat atas tu, tolong khabarkan berita kat kite ye.... sebab nak lengkapkan koleksi.



Oklah... ade masa sambung lagi. Nanti nak sambung MY LOVE yang lain pulak.

Q-XPLORERACE 2008!!


Salam semua!!!

Sedar tak sedar dah seminggu tak ziarah blog nih. Bukan ape...bz memanjang ngan kerja. Patutlaaa aku tak kawen2 lagi , cik kiah oiiiii!!!!

Semalam (dari hari aku tulis blog nih), myself, and 3 of my collegues join Q-Xplorerace 2008 yang dijemput (wah!!! jemputan khas gitu!) oleh MPC. Berchenta jugak laaaa nak pergi. Maklumlah, bulan nih cuti sabtu aku semua burn gara2 ade aktiviti rasmi. tak puas rehat. sakit lagi ade. aku sampai kat Padang Merdeka jam 6:45pagi. tengok kat area padang tu merah je.... semua pakai t-shirt dan topi yang sama. musykil jugak aku... alamak!!! depa dah rancang ke nak pakai baju ape. Dahlaaa hari jumaat tu sorang pun tak turun dengar briefing kat MPC. Gara-gara seorang ahli pasukan tu yang ditugaskan untuk mendengar taklimat tak turun, maka dengan resminya beliau disingkirkan dari pasukan. (Tu leee.... kena kat salah orang laaa beb!!!!) Nasib ade bidan terjun jadi pengganti untuk cukupkan ahli. Respect aku kat ko, NYAH!!!! KELESSSSS!!!!!

Kat atas padang berjumpa pulak ngan ahli2 kumpulan aku yang terdiri daripada Kak Sandra, Chris ngan Nyah. oooopsss "Nita"!!! hehehe.. lepas daftar kena tukar baju t-shirt merah menyala, topi merah menyala dan nombor pasukan. Aku tabik spring ngan MPC... cara anjuran tu memang PRO... kalau ade game camtu lagi jangan lupa jemput kitorang lagi ye!!!! Sarapan pagi ngan tengahari disediakan. lepas sarapan, aktiviti dimulakan dengan chicken dance. aku tak lalu nak menari oiii.... tangan penuh ngan kertas, tak dan nak mengepak. tapi memang cute laaa dance tu. Lain kali janji tak malu-malu lagi. tepat jam 8.30 pagi, kitorang dilepaskan mencari klu berdasarkan tulip yang diberi. Soalan mencabar. tapi aku sebenarnya dah tau selok belok mainan ni sebab ayah aku dah selalu jadi penganjur dan peserta. so pengalaman dia laaa yang aku pakai. heheeheh.... tapi bagi team aku, tak menang takpe janji enjoy. Nasib hari tak panas. tapi letih berjalan. naik bukit turun bukit. akhirnya tepat jam 10:25 pagi kitorang sampai ke garisan penamat. Punyalah letih sampai nak duduk kemain sakit lagi. Dah laaa aku nih ade masalah sakit tulang belakang. berasa siot!! hari nih, kaki aku sakit giler. susah je rasa nak jalan. tapi aku dah biasa sakit2 nih. sungguhpun kitorang tak menang ape2 tapi puas hati sebab dapat menyudahkan perjalanan cari harta karun. hilang penat sebab kitorang SEMEMANGNYA ENJOYYYYY!!!!!!

Saturday, July 12, 2008

Me, Myself and I

Hi again!!! today is Saturday and i just got home from work. Quite hectic but interesting. talking about a job, i really need something that is more challenging, in control and professional. well, i love to work with professional people. people always see me as a serious person. try to make friend with me, then you'll know. i'm quite secretive and quiet. and i like peaceful environment. I DON'T Like people who don't know the word RESPECT. RESPECT PEOPLE AND THEMSELVES... Be a good person, respect your neighbour. Insan yang tidak menghormati orang lain akan sentiasa hidup kesusahan. Percayalah!!!

Thursday, July 10, 2008

What a Life!!

My favourite quote is " Love is like a beautiful butterfly, hold it tight it dies, hold it loose it flies away. Appreciate love when it comes to you". What do you think? Dalam sesuatu perhubungan itu, yang penting chemistry mesti ada. I do believe in love tapi tak salah seandainya mengambil masa yang lama demi mencapai kebahagian itu. Kita berpasangan dan diakhiri dengan ikatan pernikahan adalah untuk selamanya. Tidak ada manusia di sunia ini dilahirkan sempurna. Perhubungan yang indah itu mesti ada kontrasnya. Tidak semestinya seiringan dan sama. Yang penting adalah KEIKHLASAN dan KEPERCAYAAN terhadap pasangan masing-masing. Cahaya kebahagian nan sentiasa menerangi seandainya kesabaran mengisi jiwa.

Wednesday, July 9, 2008

My Love...

Setiap orang mempunyai hobi yang pelbagai. But for me, I like collecting things such as bookmark, script from my favorite movies, download favorite movies which they are hard to find here.... well, sampaikan i file everything from my car loan bank deposit receipt, to that extend from the day one i booked and purchase my car. I like to be organized. I live with my dreams in me. Salah satunya mempunyai rumah sendiri yang mempunyai bilik bacaan (house library) dan bilik solat. Tak salah bermimpi, kan. Mimpi juga salah satu perkara postif asalkan bukan angan2 mat jenin.



i wish one day when i have my dream home so that i can "paint" my home right. teratur dan tersusun. Malay tradisional with a little bit of English cottage essence. Wow!!! Well, let it be my target of life...

GTG, my work is waiting for me... adios

Tuesday, July 8, 2008

My ShAdOw...

The Middle Child

The middle child has many of the characteristics of the second child but is often plagued by feelings of parental neglect, inadequacy and inferiority. Middle children tend to crave demonstrations of affection, a sign of insecurity. They often have difficulty defining a personality for themselves in relationship to the other siblings that will give them the attention and affection they need.
It is difficult for the middle child to establish a strong power base in the family. They tend to feel they are not loved as much and can never be better than their other siblings at any thing they try. Many middle children in their "striving for superiority" do find a unique way to become "center stage" at times and develop unique talents. Often however they still do not feel as important or valued as their other siblings.


Well, terpulang pada sesiapa yang mempercayainya. Bagiku, semuanya satu suratan dan kebetulan. Terima kasih buat sahabat-sahabatku yang memahami diri ini. Hanya Allah SWT yang dapat membalas budi baik kalian. Kepada sesiapa yang tidak sudi mengenaliku, terima kasih... sepintas perkenalan kita mungkin ada hikmah disebalik perpisahan itu.